Resepi Kek Pisang Kukus. Cara Paling Mudah Buat Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap-Kali ini gigih akak siapkan entri cara buat kek pisang yang moist dan sedap setelah sekian lama akk dok perhati je geng-geng masak kat facebook dan instagram tayang kek pisang depa yang sangat meletup! phew.Itu belum lagi yang buat jualan kek pisang.
Kek Pisang Kukus
Resepi Kek Pisang Kukus
Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
3/4 cawan gula
3/4 minyak masak
4 biji pisang yang telah dilenyek
Cara menyediakan Kek Pisang Kukus:
1) Ayakkan tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder
2) Pukul telur dengan gula hingga kembang then masukkan minyak masak, gula, esen vanila dan pisang
3) Kemudian masukkan tepung tadi. Kacau hingga sebati
4) Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
5} Kukus dalam 30-40 minit agak-agak bila cucuk dengan lidi atau pisau ianya tidak melekat maknanya dah masak