Minuman Air Kausar ini popular terutamanya pada bulan ramadhan. Ada yang mengatakan ia berasal dari negara Pakistan, India Selatan, dan ada juga beranggapan ianya datang dari Singapura. Khasiatnya dipercayai dapat memulihkan tenaga kerana dalam resepi air katira asli dihimpunkan pelbagai jenis buah-buahan – antaranya getah anggur(kathira), kembang semangkuk, kismis, badam, kurma, dan susu segar. Wah, patutlah harganya boleh tahan mahal berbanding dengan minuman lain!
Bahan-bahan Air Kausar:
1. 2 cawan gula 1 sudu bsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
2. 10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit. 1 sudu besar biji selasih - direndam dalam air panas hingga ia mengembang.
3. 100 grm kismis 1 tin susu cair (sejat) - (410 g) (ganti susu segar)
4. 6 cawan air
5. 1 sudu teh essen pisang
Cara menyediakan:
1) Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air. Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
2) Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kambang semangkuk, kismis dan biji selasih. Tuangkan air gula, air susu dan essen pisang. Dikacau rata.
3) Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.
Selamat mencuba Air Kausar.
Resepi Air Kausar