Resepi Nasi Minyak Terengganu

Myresepi.Info ingin berkongsi resepi masakan iaitu Nasi Minyak Terengganu. Nasi Minyak Terengganu ini cukup terkenal di pantai timur khususnya di Terengganu. Selamat mencuba resepi masakan ini...

Resepi Nasi Minyak Terengganu

Resepi Nasi Minyak Terengganu 


Bahan-bahan :

  • 1 sudu bawang mesin
  • 2 sudu Butter cup
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 1/2 tin susu cair
  • 3cm halia di ketuk
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • 4 cawan Beras
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • kulit kayu manis

Cara-cara memasak 
Nasi Minyak Terengganu 
  1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
  9. Sedia dihidang.

Ulasan