Resepi Dim Sum

Dim Sum. Teringin masakan ala Cina? Jom kita cuba resepi daripada Leeya Leana. Resepi dimsum mudah dan wantan. Resepi ini telah mendapat perkongsian hampir 5000 di Facebook. Kredit resepi dan gambar kepada beliau.

Dimsum mungkin sedikit asing untuk masyrakat Melayu,hal ini kerana ianya biasanya dikaitkan engan masyarakat Cina. Tetapi sebnarnya anda tidak perlu risau. Ianya sangat enak untuk dibuat.

Resepi Dim Sum

Resepi Dim Sum

Bahan-bahan:

Kulit-beberapa helaian kulit dumpling/wantan        (berbentuk bulat)

  1. 150 gram udang, kupas, potong kecil bentuk dadu
  2. 200 gram daging ayam, cincang
  3. 1/2 batang daun bawang, cincang
  4. 3 sudu makan water chesnut/bengkuang,
  5. cincang 1 biji telur
  6. 2 sudu makan tepung maizena
  7. 1 sudu makan air kunyit
  8. 1/8 sudu teh serbuk kunyit
  9. 1 sudu teh gula pasir
  10. 1 1/2 sudu teh garam
  11. 1 sudu makan kicap masin
  12. 1 sudu teh minyak bijan
  13. 1 sudu makan air
  14. 1 sudu makan minyak

Cara menyediakan 
Dim Sum:

Isi:

  1. Campur semua bahan, gaul dengan tangan dalam gerakan satu arah sampai rata dan melekit selama 4 minit.
  2. Ambil sehelai kulit wantan, letakkan 2 sudu teh adunan isi di bahagian tengahnya, genggam dengan tangan dan ratakan permukaannya.
  3. Ulang cara 1 dan 2 hingga bahan habis.
  4. Panaskan air dalam panci kukus hingga mendidih.
  5. Masukkan siew may dalam kuali, kukus sehingga masak selama 15 minit dan angkat.
  6. Biasanya siew mai disajikan bersama-sama dengan sos cili.

Ulasan