Biskut Sarang Semut. Kian musim raya tiba, anda boleh cuba cara dan resepi buat biskut sarang semut ini, simple dan mudah sahaja untuk dibuat mengikut sukatan cawan yang diberi. Kalau anda masih mencari resepi kuih raya untuk dibuat, anda boleh anda boleh cuba buat biskut sarang semut ini. Ia adalah kuih yang paling kerap dibuat setibanya tiba musim perayaan.

Biskut Sarang Semut
Resepi Biskut Sarang Semut
Bahan-bahan :
- 250g butter
- 100g gula halus
- 350g tepung gandum
- 100g tepung jagung
- 1 biji kuning telur
- 1 s/teh esen vanilla
- Sedikit coklat rice
- Papercup secukupnya
Cara-cara Biskut Sarang Semut :
- Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla kemudian gaul sehingga rata.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak dan gaul rata.
- Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup.
- Taburkan coklat rice.
- Bakar dalam oven dengan suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.