Ayam Percik Sedap. Kali ni admin nak kongsi resipi mudah ayam percik sedap. Walaupun ayam percik sedap ni nampak mudah disediakan tapi rasanya memang superb.
Ayam Percik Sedap
Cara buat Ayam Percik Sedap dan Mudah
Bahan-bahan Ayam Percik Sedap:
1 ekor ayam-dipotong besar sikit
5 ulas bawang merah-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
Garam-dikisar
Cara sediakan Ayam Percik Sedap:
- Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
- Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
- Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
- Bakar ayam yang telah diperap.
- 1.5 inci halia-dikisar
- 5 tangkai cili kering-dikisar
- 1 batang serai-dikisar
- 2 pek santan pekat-dikisar
- 8 ulas bawang merah-dikisar
- Cebisan asam keping-dikisar
- Garam dan gula-dikisar
Cara sediakan sos Ayam Percik Sedap:
- tumis semua bahan-kacau sentiasa dengan api yang perlahan sehingga kuah pekat
- Perasakan dengan sedikit garam mdah gula.
- Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
- Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
- Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan.
Ayam percik ni memang istimewa dimakan di makan dengan nasi dan yang paling sedap di makan begitu sahaja
Selamat mencuba Cara buat Ayam Percik Sedap dan Mudah.