Cara Buat Mee Kari yang Mudah dan Sedap

Cara Buat Mee Kari yang Mudah dan Sedap. Tahukah anda bahawa mee kari adalah resepi yang dibawa oleh pedagang Cina? Ya, pedagang Cina yang ingin bereksperimentasi dengan rempah ratus yang dibawa oleh pedagang India. Sehingga kini, mee kari semestinya menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana rasanya yang pedas berlemak, digabungkan dengan rasa kenyal mi. Wah, pasti sahaja dapat memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya.

Cara Buat Mee Kari yang Mudah dan Sedap

Cara Buat Mee Kari yang Mudah dan Sedap

Pada kali ini admin berkongsi resepi masakan iaitu Resepi Mee Kari. Mee Kari ni adalah antara menu mudah untuk hidangan minum petang yang cukup sedap dan lazat. Selamat mencuba resepi masakan ini..

Resepi Mee Kari Sedap

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam bhg tulang2

1 paket fish ball

5 tauhu sponge dipotong 2

Santan fresh

6 ulas bawang merah-dikisar

6 ulas bawang putih-dikisar

1 labu bawang besar-dikisar

1 inci halia – dikisar

3 batang serai – diketuk

2 sudu besar rempah daging-dibuat pes

2 sudu besar rempah ikan-dibuat pes

Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Garam dan gula secukup rasa

Daun kari

Air asam jawa


Bahan tambahan:

1 kilo mee kuning

Limau kasturi

Bawang Goreng


Cara menyediakan Mee Kari:

1. Panaskan minyak,tumiskan rempag ratus dan daun kari.Kemudia masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik baunya.

2. Masukkan pes kari dan sedikit santan.Setelah rempah dah pecah minyak, masukkan ayam, serai ketuk dan santan juga ditambah airnya.(ikut la nak pekat atau sedikit cair kuahnya)

3. Bila kuah dah mendidih masukkan air asam atau asam keping, fish ball dan tauhu sponge. Tambah kan garam dan gula secukup rasa. Renehkan kuah seketika dengan api perlahan.

4. Untuk hidangan boleh lah dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan.

Cara Buat Mee Kari yang Mudah dan Sedap

Ulasan