Anda pernah cuba buat sendiri Resepi Nasi Bukhari Ayam di rumah? Jika tidak pernah, anda harus cuba resepi nasi ni. Sedap sangat! Malah hasilnya juga sangat lembut, segar dan yang paling penting, terjamin kebersihannya. Bila buat sendiri, anda boleh kawal penggunaan bahan pengawet dan juga MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa ragu.
Salah satu resipi nasi tumis yang mudah dan enak. Makan banyak kali pun tak muak. Malah nak hasilkannnya tidak terlalu rumit. Sangat sesuai dicuba untk juadah berbuka puasa atau sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
Cara Masak Nasi Bukhari Ayam Sedap dan Mudah
Kali ini admin nak berkongsi Resepi Nasi Bukhari Ayam. Nasi Bukhari Ayam ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Koleksi Resepi Masakan ini..
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit 55 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang
Resepi Nasi Bukhari Ayam
Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bukhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)
Cara menyediakan Nasi Bukhari Ayam:
1) Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
2) Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
3) Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.
Resepi Nasi Bukhari Ayam Cara 2
Bahan-Bahan: ( 4 – 5 orang )
Bahan A – (tumis)
1 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang merah – dihiris
1 inci halia – dihiris
3-5 biji buah pelaga
3-5 biji bunga cengkih
2-3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
2 sudu minyak sapi untuk menumis
Bahan B – (bahan-bahan lain)
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
2 cawan beras basmathi/biasa – dibersihkan dan ditoskan
1 batang daun ketumbar – dihiris halus
secubit garam
sedikit gula
Cara Memasak Nasi Bukhari Ayam:
1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau ( Gunakan periuk nasi kalau boleh ).
2. Masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam bersama stoknya sekali serta masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.
4. Masukkan beras, perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.
Selamat mencuba Cara Masak Nasi Bukhari Ayam Sedap dan Mudah
Ulasan
Catat Ulasan