Cara Masak Kambing Beriani Special yang Padu

Kambing beriani biasanya kita makan waktu kenduri atau musim perayaan sahaja. Paling tidak pun sebulan sekali kita makan di kedai dan restoran. Tetapi apa kata, buat sendiri dan nikmati bersama keluarga di hujung minggu. Kalau sekali buat kurang menjadi, kita cuba lagi. ‘Kata orang practise makes perfect. ‘

Cara Masak Kambing Beriani Special yang Padu

Cara Masak Kambing Beriani Special yang Padu

Admin berkongsi Resepi Kambing Masak Beriani Special. Resepi Kambing Beriani Special adalah antara hidangan yang cukup lazat. Cubalah Resipi Masakan ini..

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 45 minit 60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang

Resepi Kambing Beriani Special

Bahan-bahan:

1 kg daging kambing (shoulder potong dadu 2")

1 biji tomato } dicincang

2 sudu besar bawang goreng } diramas

4 sudu besar rempah beriani

1/2 cawan tairu

1/2 cawan susu cair

1/2 biji jus limau nipis

1 tangkai daun ketumbar

1 tangkai daun pudina

1/4 tin tomato puri

2 cawan air

1 sudu besar minyak sapi

Minyak masak secukupnya

Garam dan gula secukup rasa


Bahan Tumis:

4 labu bawang besar } dihiris

4 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih

3 cm kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang


Bahan kisar:

6 ulas bawang putih

4 cm halia

2 tangkai cili merah

3 tangkai cili hijau

1 sudu besar badam

1 sudu besar gajus


Cara sediakan Kambing Beriani Special:

1. Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan

2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puri, rempah beriani, bawang goreng dan kambing.

3. Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air, kacau rata dan masak hingga kambing 3/4 masak.

4. Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam. Kacau rata.

5. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar.

Selamat mencuba Cara Masak Kambing Beriani Special yang Padu.

Ulasan