Cara Mudah Masak Nasi Ayam Madu Padu

Mesti ramai yang suka makan nasi ayam kan. Tak kiralah hari-hari biasa atau hari istimewa, nasi ayam ni memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Lagipun, semua peringkat umur boleh makan, daripada anak-anak kecil hinggalah ke warga emas. Sebab itulah mak-mak kena standby siap-siap at least satu resepi nasi ayam untuk kita masak untuk famili mahupun tetamu. 

Cara Mudah Masak Nasi Ayam Madu Padu

Cara Mudah Masak Nasi Ayam Madu

Di musim rumah terbuka ni, pasti ramai yang tengah tercari-cari menu yang sesuai untuk dimasak bagi dijadikan hidangan buat tetamu. Kali ini admin nak berkongsi resepi terbaik iaitu Resepi Nasi Ayam Madu. Nasi Ayam ni adalah antara menu popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resipi Masakan ini..

Resepi Nasi Ayam Madu 

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

1 bungkus sup bunju

3 sudu besar madu

2 sudu besar sos tiram

Garam dan lada sulah secukup rasa


Tumbuk/Kisar:

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci halia


Cara masak Nasi Ayam Madu Padu:

1)  Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.

2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.

3)  Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.

4) Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

Cara Mudah Masak Nasi Ayam Madu Padu

Ulasan