Nasi beriani gam ni, memang cukup terkenal di Johor, setiap kali kenduri kendara atau majlis perkhawinan pasti akan di hidangkan nasi beriani gam selain daripada nasi minyak. Biasanya orang Johor lebih suka nasi Beryani Gam jika di bandingkan dengan nasi minyak, mungkin disebab kan nasi beriani gam lebih enak dengan aroma yang menyelerakan membuatkan mereka lebih mengemarinya.
Bau aroma nasi beriani batu pahat juga cukup memikat hingga tak sabar-sabar anak-anak nak menikmati hidangan ini.
Cara Masak Nasi Beriani Gam Batu Pahat yang Padu
Pada kali ini admin berkongsi resepi terbaik iaitu Resepi Nasi Beriani Gam Sempoi. Nasi Beryani Gam Batu Pahat ni adalah antara menu popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resipi Masakan ini..
Resepi Nasi Beriani Gam Batu Pahat
Bahan-bahan nasi beryani gam:
2 kilogram beras basmati
100 gram bawang merah – dihiris
50 gram bawang putih – dihiris
50 gram halia – dihiris
1/2 tin susu cair
Empat sekawan – bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis
1 biji tomato – dipotong empat
2 tangkai cili merah – belah dua
2 tangkai cili hijau – belah dua
5 gram daun sup atau daun bawang – potong 1 1/2 inci
3 gram daun ketumbar
Bahan perasa secukupnya
Cara menyediakan Nasi Beriani Gam Batu Pahat:
1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.
2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.
3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.
RESEPI NASI BRIYANI SIMPLE ( anggaran 7-8 org makan)
Bhn2:
1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
1 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar marjerin planta ( atau apa2 marjerin pun boleh)
3/4 tin susu cair
1 biji bawang besar, dimayang halus
3 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar ( optional)
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau takde boleh guna pewarna kuning biasa)
2 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
2 s/b rempah beriani - bancuh dgn sedikit air
Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna - biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5
Cara-cara Masak Nasi Beriani :
- Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali...
- Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dgn daun pandan dan bahan2 kisar bersama rempah beriani tadi...Tumis hingga wangi...
-Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang...
-Masukkan kismis..Kacau rata...
- Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair...Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)...Biarkan mendidih...
- Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering...
- Dengan menggunakan btg sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng...
- Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak...
- Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna kuning..Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2... Seelok2nya gunakan chop stick atau garfu..
- Boleh laa dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam @ daging atau mengikut selera masing2....
________________________________________________
Daging Masak Kandar
1 kilo daging
20 ulas bwg kecil( dihiris)
Bhn yg perlu dibasuh dan direndam sampai kembang:-
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering-direbus
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2in halia(kesemua ini diblender bersama bhn yg direndam diatas)
***bhn2 yg rendam tu, nnti airnya tu blend sekali...jgn buang airnya..
1cwn sos tomato
1cwn kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
gula, garam, kiub ayam/ daging
Cara2:
-Tumis bwg hiris dan daun kari hingga kekuningan
-masukkan bhn2 blender tumis hingga garing masukkan daging, kecilkn api biarkn sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
-Kalau suka boleh ditambah bwg besar yg dipotong bulat masukkan diakhir sekali.
Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jgn terlalu garing.
-gula tu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih..
Kredit resepi ; fb Adnilsam
Cara Masak Nasi Beriani Gam Batu Pahat yang Padu
Ulasan
Catat Ulasan