Nasi lemak, antara menu yang sudah menjadi kegemaran semua orang untuk sarapan atau juga makan malam. Namun tak semua pandai memasak nasi lemak yang sedap dan tahan lama. Nasi ini cukup padu jika digandingkan sambal sotong. Nak dapatkan sambal sotong yang sedap, kena basah-basah sikit. Lepas tu warna pun memainkan peranan. Yang penting rasanya cukup lengkap. Ada pedas, lemak manis dan masin.
Cara Masak Nasi Lemak Sambal Sotong yang Sedap
Pada kali ini admin ingin berkongsi resepi masakan Nasi Lemak Sambal Sotong. Menu masakan ini cukup popular pada rakyat Malaysia. Selamat mencuba resipi masakan yang lazat ini..
Resepi Nasi Lemak
Bahan-bahan:
200gm beras biasa
200ml santan
200ml air
2sm halia- diketuk
1 batang serai- diketuk
2 ulas bawang merah | dicencang halus
1 sudu teh lada hitam (biji)
2 helai daun pandan | disimpul
1 sudu makan minyak
Cara menyadiakan Nasi Lemak Sedap:
1. Basuh beras dan toskan ia
2. Selepas itu, masukkan ia ke dalam periuk diikuti dengan santan, air dan garam secukup rasa.
3. Kemudian, masukkan daun pandan, halia, serai, bawang dan lada hitam.
4. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga rata dan biarkan ia masak.
5. Hidangkan bersama telur rebus dan sambal. Sedia dinikmati.
CARA BUAT SAMBAL SOTONG
Bahan-bahan:
2 ekor sotong besar
10 tangkai cili kering | dikisar
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
2sm belacan | dikisar
2 sudu makan gula merah
2 helai daun limau purut
3 sudu makan air asam jawa
50ml air
Garam secukup rasa
Cara sediakan sambal sotong:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisaran ke dalam kuali. Tumis ia sehingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan belacan dan sotong yang telah dihiris.
3. Kacau sebentar dan biarkan ia mendidih. Kemudian, masukkan daun limau purut, air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa.
4. Masak sehingga sambal agak kering sedikit.
5. Setelah masak, hidangkan sambal sotong bersama nasi lemak, kacang goreng, ikan bilis dan telur rebus.
6. Sedia dinikmati.
Selamat mencuba Cara Masak Nasi Lemak Sambal Sotong yang Sedap
Ulasan
Catat Ulasan